Salam..
Sedikit kisah jalan - jalan ke Colmar Tropicale pada Disember lalu. Rasanya seperti lama tidak berjalan - jalan. Perlukan 'quick getaway'. Colmar adalah tempat yang sangat sesuai. Walaupun Disember bukan bulan yang baik untuk berjalan - jalan. Hujan dan banjir. Tapi booking telah dibuat, jadi kami meneruskan saja perjalanan. Perjalanan tidak jauh dari KL.. nak pergi balik hari pon boleh. Hanya bayar kos masuk dalam RM12 seorang di pintu masuk.
Alhamdulillah, kami masih sempat menikmati Colmar Tropicale.. walaupun kebanyakan masanya hujan turun dan Temerloh pon mengalami banjir yang menjejaskan perkhidmatan wi fi di Bukit Tinggi. Pagi sebelum pulang, cuaca bertambah baik untuk kami berjalan - jalan.
Jika anda sukakan suasana sejuk.. colmar agak sejuk di musim hujan. Hinggakan kami berasa tidak sesuai untuk anak - anak mandi manda di outdoor pool.
Apa yang menarik and what to expect in Colmar.
Pada saya Colmar seperti kata semua orang dibuat seperti satu town kecil ala France tapi dengan name tropicale.. (tropikal). Sesuai jika anda hanya ingin berehat - rehat, menikmati pemandangan hijau.
Terdapat beberapa restoran makan yang sebenarnya diuruskan oleh pihak hotel.. Environment untuk makan - makan is very nice.. gaya makan di street di Eropah.. Colmar Resort mungkin perlu mempelbagaikan lagi pilihan memandangkan hanya kedai - kedai ini sahaja yang ada di sekitar Colmar. Harga juga boleh dikatakan quite pricey jika dibandingkan dengan kualiti.. Seperti ayam di La poulet roti.. hmm.. saya lebih puas makan Kenny Rogers ;D
Anda boleh memilih untuk menginap.. untuk santai - santai.. tapi malam pon sama.. quiet.. hanya menikmati makan malam di salah satu restoran. Saya tak pasti jika hari yang lebih pack sebab tempat makan seperti tidak cukup pada hari biasa cuti sekolah yang saya pergi. Rate bilik pon agak pricey dan interior nampak lama. Tapi Luas dan selesa.. Mungkin concept.. tapi jika colmar up to new refurbishment pon bagus juga.
Untuk yang meminati fotografi.. Colmar tempat menarik untuk mendapatkan gambar - gambar yang cantik..
Swan merupakan tarikan utama anak - anak di colmar tropicale
Kami ke sini pon hanya untuk santai - santai . Kami pon tak punya banyak masa..dengan cuaca yang mendung dan berjalan bersama anak kecil berusia 1 dan 3 tahun, kami memilih untuk tidak pergi ke Japanese Garden tapi melawat ke Animal Park kecil.
Anak - anak mesti suka animal park.. size nya sebenarnya agak kecil tapi anak - anak boleh memberi makan rabbit.. menyentuh dan bermain dengan rabbit ;)
Dalam banyak - banyak perkara sepanjang berada di Colmar.. anak saya paling ingat pengalaman memberi rabbit makan ;D
Jika anda rasa tidak ingin pergi jauh dari KL.. ingin berehat sebentar di kawasan pergunungan.. boleh cuba Colmar !